Print

Perkongsian & pameran Palestin di Masjid Taman Pulai Indah

on .

SKUDAI, 25 November 2017 - Ceramah terkini Gaza telah disampaikan oleh Yg Bhg Dr. Hafidzi Mohd Noor iaitu Pengerusi MyCARE yang dijemput khas oleh Jawatankuasa Masjid Taman Pulai Indah, sebuah majid yang baru disempurnakan pembinaannya.

Dr. Hafidzi membawa sejarah dan berita terkini penduduk dan perjuangan pembebasan bumi umat iaitu Palestin yang telah sekian lama diuji dengan pelbagai cabaran dan kekejaman rejim Zionis dengan dokongan kuasa-kuasa besar dunia. Seratus tahun Balfour perlu diingati sebagai peristiwa malang umat yang tidak lagi dapat bangkit menumpaskan rejim zalim Israel. Selama satu abad Gaza dikepung yang telah menyaksikan kemusnahan, pembunuhan dan kehidupan merana rakyat Palestin di Gaza. Umat perlu bangkit dan melipatgandakan usaha. Bukan sekadaar apa yang termampu tetapi perlu melakukan semaksimanya dari sumbangan tenaga, kewangan dan masa. Al-Aqsa perlu segera dibebaskan.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE Johor

Di samping ceramah yang dijalankan, MyCARE Johor buat julung kalinya menyediakan pameran Palestin dalam format poster yang lebih mudah dibaca dan difahami oleh pengunjung. Semoga usaha-usaha kecil ini akan menyumbang kepada pembebasan bumi Palestin dan kembalinya umat Islam Palestin ke negara mereka dan ke kampung halaman mereka yang dipaksa meninggalkannya oleh Israel semenjak 1948.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud