Print

MyCARE di forum kemanusiaan FESKON UTHM 2017

on .

BATU PAHAT, 10 Oktober 2017 - MyCARE Johor telah dijemput berkongsi mengenai isu kemanusiaan di Humanity Talk Session, FESKON Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2017. Turut menjadi ahli panel ialah Cik Heliza Helmi yang tidak asing lagi sebagai artis dan sukarelawan kemanusiaan.

Forum yang mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit dihadiri oleh para jemputan dan hadirin di tapak festival.

Pengalaman yang dilalui kedua-dua ahli panel dikongsikan dengan menekankan keperluan untuk masyarakat terus prihatin terhadap apa yang sedang dilalui oleh rakyat Palestin, Syria, Rohingya dan beberapa negara lain.

MyCARE turut diberi ruang untuk membuat pameran kemanusiaan dan sebelum forum dijalankan team sukarelawan MyCARE UTHM mempersembahkan flashmob mengenai kemanusiaan.

Alhamdulillah dan tahniah urusetia FESKON UTHM 2017 yang menganjurkan program kesedaran kemanusiaan pada tahun ini.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud