Print

Pendedahan isu Timur Tengah kepada rakyat Johor

on .

BATU PAHAT, 22 September 2017 – MyCARE telah diundang ke PLKN Sembrong dalam Majlis Forum Pemimpin Bersama Rakyat yang berkisar tentang isu Timur Tengah. Majlis pada malam itu telah dirasmikan oleh Datuk Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.

Antara tokoh yang telah diundang pada majlis forum pada kali ini ialah Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi MyCARE Pusat yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 1436H/2014, Tan Sri Dato Musa bin Haji Hassan yang juga bekas Ketua Polis Negara yang ke-8, Prof Dr. Kamarul Nizam dari Pusat Pengajian Antarabangsa dan Ustaz Abu Hafiz Sallehuddin, penuntut dalam bidang Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Lagi gambar-gambar di FB MyCARE Johor

MyCARE Johor telah membuka booth pada hari tersebut. Di samping mempamerkan tentang apa yang sedang berlaku di Rohingya, kami juga mengenengahkan buku tulisan Dr. Hafidzi Mohd Noor sendiri iaitu Sejarah Nusantara Jilid 2. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan buku ini yang berharga RM15 senaskah, bolehlah berhubung dengan pihak MyCARE.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud