Print

MyCARE di forum kemanusiaan FESKON UTHM 2017

on .

BATU PAHAT, 10 Oktober 2017 - MyCARE Johor telah dijemput berkongsi mengenai isu kemanusiaan di Humanity Talk Session, FESKON Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2017. Turut menjadi ahli panel ialah Cik Heliza Helmi yang tidak asing lagi sebagai artis dan sukarelawan kemanusiaan.

Forum yang mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit dihadiri oleh para jemputan dan hadirin di tapak festival.

Print

Pendedahan isu Timur Tengah kepada rakyat Johor

on .

BATU PAHAT, 22 September 2017 – MyCARE telah diundang ke PLKN Sembrong dalam Majlis Forum Pemimpin Bersama Rakyat yang berkisar tentang isu Timur Tengah. Majlis pada malam itu telah dirasmikan oleh Datuk Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.

Print

Sokongan Surau Amru Al-Ash untuk Palestin & Syria

on .

Jazakumullahu khairan khathira diucapkan kepada seluruh jawatankuasa dan qariah Surau Amru Al-Ash yang telah sudi mengundang MyCARE untuk memberi perkongsian tentang Syria dan Palestin serta melancarkan kempen Give Hope untuk Ramadhan pada tahun ini.

Tuan Haji Ahmad Danial Sharudin yang juga aktivis MyCARE yang merupakan Timbalan Ketua Misi A2G pada 2013 telah memberikan pengisian tentang kesengsaraan saudara-saudara kita di Syria dan Palestin dan memerlukan doa dan bantuan dari seluruh rakyat Malaysia amnya.

Semoga Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang terbaik yang bakal kita lalui. Terimakasih buat semua qariah Surau Amru Al-Ash atas sokongan dan bantuan yang telah dihulurkan.

"Ibadah Kita Kegembiraan Mereka"

Print

Modul kesukarelawanan di SMK Taman Universiti

on .

SKUDAI, 13 April 2017 - Sejumlah lebih 800 murid dan 45 orang guru sesi pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti telah didedahkan dengan Modul Kesukarelawanan MyCARE oleh Pengurus MyCARE Negeri Johor, Dr Mohd Zin Kandar.

Print

Rancangan kolaborasi penyelidikan Al-Aqsa

on .

Sheikh Dr Muraweh Musa Nassar berkesempatan menghadiri perjumpaan dengan beberapa penyelidik di Fakulti Tamadun Islam (FTI) UTM dan berbincang kemungkinan mengadakan kolaborasi Penyelidikan berkaitan Al-Aqsa.

Print

Sheikh Dr Muraweh di UTM Skudai

on .

SKUDAI, 22 Dis 2016- Sheikh Muraweh Moussa Nassar diundang oleh Pusat Islam UTM untuk berceramah Perdana kepada staf dan para pelajar UTM di Dewan Bankuet. Alhamdulillah, penjelasan mengenai sejarah dan keadaan terini Masjid Al-Aqsa telah menyentuh hati para hadirin. Semoga bertambah erat hubungan hati kita kepada Al-Aqsa dan sentiasa mendoakan para pejuang penjaga Masjid Al-Aqsa serta menghulurkan bantuan.

Road Tour Sheikh Muraweh ini adalah hasil kerjasama MyCARE Johor, Quds Foundation Malaysia dan Majid-masjid serta institusi yang menjemput berceramah. Sejumlah RM1.4 juta sedang dikumpul oleh MyCARE untuk projek pemakmuran dan membantu penduduk-penduduk di sekitar Masjid Al-Aqsa.

Teruskan menyumbang. Maklumat lanjut, sila hubungi:

Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar 019-7342539
Mr Muhammad Jabar 011-23893155
Ust Rofazlin 019-7740415

Untuk sumbangan, sila salurkan ke Humanitarian Care Malaysia Berhad.

Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602-135-592
JomPAY Biller Code: 6197

Maklumkan kepada kami dengan menghantar gambar slip bank-in ke Telegram/Whatsapp ke no. tel di atas.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud