Print

Modul kesukarelawanan di SMK Taman Universiti

on .

SKUDAI, 13 April 2017 - Sejumlah lebih 800 murid dan 45 orang guru sesi pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti telah didedahkan dengan Modul Kesukarelawanan MyCARE oleh Pengurus MyCARE Negeri Johor, Dr Mohd Zin Kandar.

Print

LKPIM - Perak bantu pecah kepungan Gaza

on .

IPOH, 12 Mac - Terima kasih warga Perak! Perkongsian pengalaman Wanita Pecah Kepungan Gaza pagi tadi.

Pihak penganjur, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia - Perhubungan Negeri Perak turut menyerahkan RM9,000 untuk Tabung Give Hope, perubatan buat rakyat Gaza.

Turut hadir di majlis, Datin Seri Saripah Zulkifli, Pengerusi LKPIM merangkap isteri Menteri Besar Perak.

Seramai 300 peserta hadir beserta wakil-wakil NGO sekitar Perak.

Print

PSIS bantu pecah kepungan ke atas 2 juta penduduk Gaza

on .

SABAK BERNAM, 21 Jan 2017 - Seramai 2000 orang pelajar dan pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah telah hadir bersama dalam perkongsian daripada Dr. Fauziah, ahli misi Women's Boat to Gaza.

"Mengapa hanya wanita yang dipilih dalam WBG ini?" Soal moderator. Dr. Fauziah menegaskan semenjak 2007, dunia telah menghantar banyak misi untuk menghentikan kepungan Israel ke atas Gaza, tetapi disekat oleh Israel. Misi ini mencuba suatu kelainan. Misi ini juga menunjukkan sokongan dan solidariti buat wanita Palestin, yang kebanyakannya kehilangan ayah dan suami kerana dibunuh atau ditangkap tentera Israel tanpa sebarang penghakiman.

Print

Pertemuan Women Section KLSCAH

on .

“Gaza bukan isu etnik mahupun agama. Ianya isu kemanusiaan,” tegas Dr. Fauziah Mohd Hasan.

Rose2Rose membuat lawatan bertemu dengan Women Section of The KL & Selangor Chinese Assembly Hall ( KLSCAH ) sekaligus mengucapkan tahniah kepada Madam Ng Geok Chee yang baru sahaja memenangi jawatan Presiden untuk persatuan itu di peringkat nasional.

Women Section KLSCAH juga aktif membantu isu kemanusiaan terutamanya Orang Asli di Malaysia. Apabila menerangkan tentang usaha Rose2Rose, Madam Ng berkata, “I thought Rose2Rose was something very gentle, but when I saw the Women’s Boat to Gaza video, it changed me”.

Semoga kerjasama ini membawa dunia yang lebih sejahtera.

Print

Rancangan kolaborasi penyelidikan Al-Aqsa

on .

Sheikh Dr Muraweh Musa Nassar berkesempatan menghadiri perjumpaan dengan beberapa penyelidik di Fakulti Tamadun Islam (FTI) UTM dan berbincang kemungkinan mengadakan kolaborasi Penyelidikan berkaitan Al-Aqsa.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud