Print

Sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Pulau Pinang atas sumbangan bantuan Palestin melalui MyCARE.

Majlis penyerahan telah disampaikan dalam Majlis Pelancaran Sambutan Bulan-Bulan Al-Qur’an Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2019 yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.

MyCARE adalah sebuah NGO non-profit yang didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. MyCARE dipilih oleh Bank Negara Malaysia dan SSM untuk mewakili Malaysia ke dalam satu sesi penilaian dan audit peringkat antarabangsa – Mutual Evaluation Exercise (MEE) On-Site Assessment yang dikendalikan oleh sebuah badan antarabangsa, Financial Action Task Force (FATF).

Pada tahun 2017, MyCARE menerima status perundingan khas daripada Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) yang disyorkan oleh Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan, PBB.

Terkini, CEO MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar dilantik menjadi Presiden SEAHUM (SouthEast Asia Humanitarian Commitee).

MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penyumbang yang sentiasa menyokong usaha MyCARE dalam isu kemanusiaan.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud