Print

Pertemuan bersama YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

SEGAMBUT, 24 Mei 2018 – Delegasi MyCARE diketuai Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dan Dr. Fauziah Hasan bersama-sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Pengurus Besar Operasi Pn Roha Hassan serta ahli misi Flotila ke Gaza mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di kediaman beliau di Segambut.

Pertemuan hampir 1 jam membincangkan peranan MyCARE dalam membantu kerajaan memperkasa isu Palestin dan isu-isu kemanusiaan sejagat dan antara inisiatif yang sangat disokong adalah misi Flotila ke Gaza yang sudah berlayar dan akan disertai oleh 12 rakyat Malaysia.

Menurut kenyataan media beliau sebentar tadi;

Saya gembira mengetahui MyCARE menghantar 12 orang rakyat Malaysia untuk menyertai flotila ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor yang merupakan Pengerusi MyCARE dan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Jawatankuasa Pemandu FFC yang kini sedang belayar bersama dengan Prof Nazari Ismail, Pengerusi dan penggerak utama Boycott Divestment & Sanctions Malaysia (BDS Malaysia).

Dalam pasukan ini, kita juga ada Dr. Fauziah Mohd Hasan yang merupakan salah seorang peserta Women‟s Boat to Gaza 2016. Dia ditahan oleh rejim Israel tetapi masih tidak gentar untuk bersama memberi sokongan untuk rakyat Palestin terutama untuk ibu, wanita dan kanak-kanak. Dia bersedia menghadapi risiko yang sama sekali lagi. Peserta lain juga adalah individu yang berani dan bersedia untuk meninggalkan kehidupan yang selesa, selamat dan terjamin di Malaysia, untuk mengambil bahagian dalam flotila ini.

Saya sangat mengagumi keberanian dan pengorbanan setiap individu yang terlibat dalam flotila ini. Mereka menunjukkan kepada kita bahawa kita perlu dan kita boleh menang atas ketakutan dan membuat perbezaan. Bagi pihak rakyat dan kerajaan baru, kami mendoakan peserta selamat pergi dan selamat pulang.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Insya Allah selaku NGO kemanusiaan kami akan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengangkat isu-isu kemanusiaan demi mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di atas sokongan dan doa untuk misi ini.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud