Print

Hari kedua WCIT2017

Persidangan WCIT 2017 yang dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) memasuki hari kedua dengan sesi-sesi yang lebih kritikal dari peserta-peserta dari pelbagai negara.

Dr. Fauziah Mohd Hasan berkongsi pengalaman beliau sepanjang misi Women’s Boat to Gaza serta mengingatkan bahawa kita perlu bertindak segera kerana tanggungjawab ini bukanlah satu kesukarelawanan tetapi kewajiban bagi setiap orang.

Beliau juga membahaskan di dalam topik penyertaan wanita pada keamanan dunia.

Mary Ann Wright juga digandingkan bersama Dr. Fauziah di dalam dua sesi tersebut. Beliau berkongsi fakta mengenai konflik di Somalia dan pengalaman beliau sepanjang menjadi Kolonel dan Diplomat Amerika.

Majlis diserikan dengan ucapan penutup dari Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Y.A.B Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Delegasi MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak dan USAS atas jemputan ke World Conference On Islamic Thought and Civilization dan layanan terbaik yang diberikan.

Semoga konferens ini akan memberikan manfaat dan keamanan kepada seluruh negara ASEAN khasnya dan dunia umumnya.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud