Print

Keamanan dunia semakin berkurangan

Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah bertitah bahawa keamanan dunia semakin berkurangan berbanding 10 tahun lepas berdasarkan Indeks Keamanan Global 2017 oleh Institut Ekonomi dan Keamanan dalam ucaptama baginda dalam persidangan World Conference On Islamic Thought and Civilization.

Baginda menegaskan bahawa “sebuah dunia yang benar-benar aman digambarkan oleh dua nilai Islam iaitu amanah dan inklusiviti, yakni, untuk belajar hidup bersama dengan menunjukkan belas ihsan”.

Turut hadir adalah Dr. Fauziah Mohd Hasan dan Ann Wright sebagai panelist di dalam persidangan yang bertemakan ‘Keamanan Global’ yang disertai peserta dan panelist lebih dari 15 buah negara.

Ann Wright yang berkhidmat sebagai Kolonel (Bersara) Tentera Ameria Syarikat dan sebagai Diplomat, sempat memohon maaf atas ketelanjuran negaranya yang melanggar keamanan dunia dalam ucapan beliau.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Dr. Fauziah akan berucap dalam sesi Humanitarian Issues & Universal Peace dan Women’s Role in Peace Building pada esok (21 Nov).

Jangan lupa mengunjungi booth MyCARE di World Conference On Islamic Thought and Civilization.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud