Print

Advancing the Palestine Cause

PETALING JAYA. 17 Ogos 2017 – Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) telah menganjurkan satu forum diskusi yang bertajuk “Advocacy and Activism in the Malaysian Context” dengan kerjasama NGO MyCARE, PACE, QFM, BDS, Viva Palestina Malaysia, MAHAR dan GPMS yang bertempat di Asia-Europe Institute Auditorium, University of Malaya (UM).

Forum ini membawakan 4 panelis hebat yang mempunyai pengalaman luas dalam perjuangan isu Palestin iaitu Mr. Zahir Birawi (pengerusi EuroPal), Ms Rawan Damen (pengasas PalestineRemix), Mr. Muslim Imran (pengerusi PCOM), Prof Mohd Nazari Ismail (Pengerusi BDS Malaysia) serta Saudara Khalid Jimat (PACE) sebagai moderator.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Turut diundang, tetamu khas iaitu Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia.

Objektif forum ini adalah untuk membincangkan mengenai kepentingan sokongan dari peringkat orang awam sehingga peringkat atasan, cabaran gerakan boikot BDS di Malaysia, peranan NGO, pelajar dan media dalam memperjuangkan isu Palestin.

Di dalam sesi soal jawab pula, para hadirin di kalangan orang awam, wakil NGO, dan pelajar berpeluang melontarkan soalan kepada para panelis.

MyCARE sebagai salah satu penganjur mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada para panelis dan para peserta yang telah hadir di dalam forum ini.

Semoga perjuangan isu kemanusiaan semakin kuat di kalangan rakyat Malaysia.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud