Print

Tragedi Deklarasi Balfour kepada rakyat Palestin

SERI KEMBANGAN, 14 Ogos 2017 – Dalam menjayakan The Aqsa Series, Palestine Centre of Excellence (PACE) telah menganjurkan satu perkongsian akademik yang bertajuk Balfour Declaration & The Ongoing Tragedy for Palestinians dengan kerjasama MyCARE dan Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Perkongsian yang diadakan di Pejabat IKRAM merungkai sejarah Deklarasi Balfour dan impaknya kepada Palestin serta strategi Zionis yang licik yang dibawakan oleh Mr. Zaher Birawi, Pengerusi EuroPal Forum.

Berikut adalah antara intipati perkongsian:

1. Idea penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi telah pun disuarakan Napoleon Bonaparte sejak kurun ke-17.

2. Gagasan yang benar-benar serius untuk merealisasikan impian kembali ke tanah suci Yahudi kemudiannya disatukan di bawah gerakan Zionism pimpinan Theodor Herzl pada kurun ke-19.

3. Dibantu dengan kekuatan kewangan bangsa Yahudi diseluruh dunia ketika itu dan kumpulan pelobi Yahudi dalam pelbagai bidang mereka mula memujuk Khalifah Uthmaniyyah ketika itu, Sultan Abdul Hamid II untuk menjual tanah Palestin kepada mereka, namun ditolak mentah-mentah oleh khalifah. Mereka juga giat membeli tanah dari orang Palestin dan hasilnya, sebelum deklarasi Balfour dimeterai, 7% dari tanah moden Palestin adalah milik Yahudi.

4. Usaha serius melobi kerajaan UK dipelopori Lord Walter Rothchild, pemimpin gerakan Zionis Britain. Usaha ini berhasil mempengaruhi Menteri Luar Britain ketika itu yang sebelumnya merupakan bekas Perdana Menteri Britain, Arthur Balfour untuk mengeluarkan deklarasi umum bahawa kerajaan Britain menyokong sepenuhnya penubuhan negara baru untuk bangsa Yahudi di Palestin.

5. Deklarasi ini dikeluarkan pada tahun 1917 ketika mana kerajaan Uthmaniyyah sedang berperang dengan kerajaan Britain dalam Perang Dunia Pertama.

6. Arthur Balfour ketika itu sebagai menteri luar Britain mempunyai sebab kukuh untuk menyokong agenda Zionis ini. Ini kerana gerakan Zionis mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk membantu Britain dalam kempen Perang Dunia Pertama dan ianya dapat meruntuhkan hegemoni bangsa Arab di bumi Palestin dan mengukuhkan kedudukan Britain di Timur Tengah.

7. Selepas Perang Dunia Kedua, kelompok pelobi Israel mempunyai satu lagi modal berharga bagi mendapatkan simpati dan sokongan terhadap agenda mereka; rasa simpati dan bersalah warga Eropah di atas peristiwa ‘holocaust’ yang dilakukan tentera Nazi ke atas bangsa Yahudi. Ditambah dengan kekuatan kewangan dan hubungan diplomatik sedia ada, jaringan kumpulan pelobi Zionis semakin mendapat pengaruh.

8. Gerakan pelobi untuk Palestin baru sahaja memulakan langkah dalam sepuluh tahun ke belakang dengan kewujudan kumpulan-kumpulan seperti BDS, Viva Palestina, Al-Quds foundation dan banyak lagi pertubuhan lain. Kita sudah ketinggalan beberapa generasi di belakang Zionist dalam menggiatkan usaha melobi bagi mendapatkan sokongan masyarakat antarabangsa.

9. Walaupun begitu, banyak kemajuan sudah dapat dilihat pada kebelakangan ini hasil usaha kumpulan pelobi Palestin ini. Terbaru, kejayaan besar adalah apabila Tzipi Livni membatalkan kunjungannya ke Brussel kerana takut ditahan atas tuduhan jenayah perang. Para jeneral tentera Israel juga pada masa ini takut untuk melakukan perjalanan ke luar negara atas sebab yang sama.

10. Seperti mana strategi kumpulan pelobi Zionis, umat islam dan penyokong Palestin juga harus menggiatkan usaha lobi mereka pada setiap peringkat agar masyarakat mula membuka mata akan keadaan sebenar konflik Israel-Palestin.

11. Mengharapkan negara Arab untuk bertindak adalah seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Terbaru, tindakan UAE dan Arab Saudi dalam isu Palestin umpama menyebelahi pihak Israel. Pada masa ini, kita sendiri yang perlu memainkan peranan sepenuhnya sebagai langkah penting untuk membebaskan Al-Quds.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang telah hadir dalam perkongsian ini termasuk yang menonton secara live streaming.

Semoga perkongsian ini meningkatkan lagi wadah perjuangan Palestin dalam diri kita dan masyarakat.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud