Print

Tambahan RM1 juta oleh Econsave bangunkan sekolah di Gaza

Komitmen berterusan sebuah Pasaraya Besar Econsave Cash & Carry menjadi contoh kepada syarikat-syarikat besar di Malaysia di dalam kerjasama dan gandingan mantap dengan MyCARE di dalam kerja-kerja kemanusiaan yang lebih bermakna di Malaysia. Sebenarnya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd Malaysia telah sekian lama di dalam usaha-usaha kemanusiaan dan bantuan kepada yang memerlukan sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

En. Mas Imran bin Adam seorang pengurus kanan Econsave menjadikan usaha-usaha CSR Econsave sebagai menyokong hasrat kerajaan di dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni dan saling membantu sesama ahli masyarakat. Econsave juga sering menjalankan aktiviti Program Amal Muafakat Johor bersama gabungan NGO-NGO di Johor serta agensi-agensi kerajaan di beberapa Econsave di Johor.

Pada 18 Jun 2017 yang lalu, sejumlah RM1juta telah diserahkan oleh Econsave kepada MyCARE sebagai sebahagian lagi kos projek bernilai RM2.5juta yang hampir disempurnakan pembenaan semula sekolah anak-anak yatim As-Solah di Deir AL-Balah Gaza Palestin. Jumlah kos pembinaan ialah RM2.5 juta dan tahun lalu sejumlah RM1.1juta telah diserahkan. Econsave akan terus menjalankan kutipan dari orang ramai di semua outlet Econsave di seluruh negara bagi menyempurnakan projek tersebut yang dijangka disempurnakan beberapa bulan lagi.

Econsave di dalam majlis tersebut turut meraikan wakil rakyat Palestin bersama kelaurga mereka dan para wakil media di majlis berbuka puasa yang di adakan di M-Suite Hotel Johor Bahru. Turut hadir juga ialah rakan-rakan NGO dan aktivis MyCARE Johor.

Di dalam majlis tersebut, Econsave juga memberikan komitmen untuk berusaha membantu sektor kesihatan di Gaza dan akan dilancarkan pada tahun hadapan. En. Mas Imran pernah bersama MyCARE pada tahun 2014 mengikuti misi kemanusiaan di kem-kem pelarian di Lubnan.

Teruskan menghulurkan sumbangan di tabung-tabung kemanusiaan MyCARE di Econsave seluruh negara.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud