Print

MyCARE terima RM100,000 dari Yayasan Kebajikan Negara

PUTRAJAYA, 30 November 2018 – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sebagai rakan strategik YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA (YKN) untuk Tabung Rakyat Palestin menerima sumbangan berjumlah RM100,000 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar mengatakan MyCARE komited menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin dan memberikan perhatian yang serius kepada perubatan dan kebajikan rakyat Palestin melalui kempen ini.

Print

MyKorban sasar RM 1.5 juta

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan RM 1.5 juta untuk melaksanakan ibadat korban (MyKorban) di 14 buah negara bergolak seluruh dunia pada Hari Raya Aidiladha pada 22 Ogos sehingga 25 Ogos 2018 akan datang.

14 buah negara berkenaan adalah Cox’s Bazar, Filipina, Iraq, Kemboja, Lubnan, Myanmar, Palestin, Somalia, Sri Lanka, Sudan, Syria, Vietnam, Myanmar dan lain-lain.

Print

Pertemuan MyCARE dengan Menteri Luar Negeri

PUTRAJAYA, 13 Julai 2018 – Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri atas kesudian bertemu empat mata dengan delegasi MyCARE petang tadi.

Dalam pertemuan ringkas tadi, delegasi MyCARE yang diketuai oleh Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor memberikan sedikit penerangan kepada YB Dato’ tentang Misi Flotila ke Gaza 2018 – Just Future for Palestine (JFP) yang disertai oleh MyCARE.

Print

Srikandi Besi meneruskan misi flotila ke Gaza

Pengalaman pahit di tahan tentera Israel 2 tahun lalu ketika menyertai misi solidariti Women’s Boat Gaza tidak menghalang kecekalan Dr. Fauziah Mohd Hasan dan seorang lagi ahli misi Norsham Abu Bakar untuk meneruskan misi flotila ke Gaza yang dinamakan ‘Right to A Just Future for Palestine’ anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).

Menurut beliau lagi, “Right to A Just Future for Palestine” akan mengambil masa lebih dua bulan dengan menaiki bot besar bernama Al-Awda yang bermaksud ‘Pulang’. Kapal Al-Awda ini turut disertai 3 kapal kecil dari Sweden melalui terusan Inggeris.

Print

Sokongan PM kepada JFP

Perjumpaan delegasi MyCARE dan ahli misi Just Future for Palestine dengan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad di Pejabat Perdana Menteri. Sebelum ini, delegasi MyCARE telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di kediaman beliau di Segambut.

Misi ini adalah usaha sama dengan NGO antarabangsa Freedom Flotilla Coalition.

Print

Pertemuan bersama YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

SEGAMBUT, 24 Mei 2018 – Delegasi MyCARE diketuai Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dan Dr. Fauziah Hasan bersama-sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Pengurus Besar Operasi Pn Roha Hassan serta ahli misi Flotila ke Gaza mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di kediaman beliau di Segambut.

Pertemuan hampir 1 jam membincangkan peranan MyCARE dalam membantu kerajaan memperkasa isu Palestin dan isu-isu kemanusiaan sejagat dan antara inisiatif yang sangat disokong adalah misi Flotila ke Gaza yang sudah berlayar dan akan disertai oleh 12 rakyat Malaysia.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud