Print

Boikot Israel di Pasar Tani Shah Alam

AQSA SYARIF menyokong program boikot Israel di bawah anjuran VPM. Adalah suatu kewajipan bagi umat Islam memboikot barangan yang jelas menyokong ekonomi Israel. Keuntungan ekonomi yang diperolehi dari hasil jualan produk-produk ini akan digunakan untuk memerangi rakyat Palestin dan umat Islam yang kini berada di barisan hadapan mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan tanah suci Baitulmaqdis.

AQSA SYARIF menyeru seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam terutamanya supaya berhenti melanggan produk-produk ini. Mari kita perkukuhkan barisan pertahanan rakyat Palestin. Jangan kita pula yang membekalkan peluru dan senjata yang akan ditalakan kepada saudara kita di Palestin. Sesungguhnya kita akan dipersoal oleh Allah SWT dalam hal ini.

Wakil AQSA SYARIF dalam program ini ialah Dr Tengku Shaharum, ahli Lembaga Pengarah AQSA SYARIF. Sukarelawan yang ingin menyumbang tenaga sila hubungi beliau di no 0193487327.

Melayu

Jom! ke Pasar Tani Shah Alam

Sabtu, 28 Mac 2010 (8.00pg - 1.00tgh)

Viva Palestina Malaysia sekali lagi akan turun padang. Kami akan mengadakan kempen boikot Israel “Walkabout” di Pasar Tani Shah Alam.

Jualan kali ini,akan memaparkan Tshirt boikot Israel & Free Gaza, skaf Palestin & topi. Rebutlah peluang untuk mendapatkan belon Boikot Israel yang terhad ini dari Badut VPM sendiri secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini bawalah anak-anak anda bersama. Membeli belah barangan tempatan dengan satu tujuan yang murni.

Datanglah beramai-ramai mengunjungi Pasar Tani Shah Alam pada hujung minggu ini. Jumpa di sana!.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Azian 012 211 5749 atau Jemaimah 013 231 4596.

Viva Palestina Malaysia

Lokasi: Pasar Tani Shah Alam(Bazarena) terletak di Seksyen 13, Shah Alam

berhampiran dengan Stadium tertutup Malawati.

English

Jom ke Pasar Tani Shah Alam

Sunday 28th March (8am - 1 pm)

Viva Palestina Malaysia is going to the grassroots folks. Our Boycott Israel walkabout takes us to Shah Alam Pasar Tani. On sale will be our Boycott Israel and Free Gaza t shirts, Palestinian scarfs & caps. Grab limited edition of Boycott Israel balloons while available from VPM's very own clown. So don't leave those children at home. Bring them along for some fun with a cause.

Come do your weekly shopping at Shah Alam Pasar Tani this Sunday. See you there.

For more info contact Azian at 012 211 5749 or Jemaimah at 013 231 4596

Shah Alam Pasar Tani (Bazarena) is located at Seksyen 13, Shah Alam

Close to Stadium Melawati Shah Alam.

___________________________________________________________

Salam,

Inilah masanya untuk menyumbang. Kami menggalakkan yang ingin menyumbang makanan lokal secara percuma pizza, burger, roti, kek dan lain-lain, boleh ke Pasar Tani & taburkan flyers anda serta bantu kami distribute belon-belon Boikot Israel secara percuma kepada pengunjung.

Jika berminat untuk tempahan hubungi: Noorazian 012 2115759.

Boleh menyumbang dengan memakai T-Shirt boikot yang dijual di tapak pasar tani dengan harga yang murah. Bawa anak-anak, sahabat & hebahkan kepada rakan-rakan anda.

Kita jumpa di sana.

Ahli Lembaga AQSA SYARIF Berhad

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud