Print

Wanita pecah kepungan Gaza

Sebagai wanita biasa, apa yang kami boleh lakukan?"

Tiada wanita yang hanya wanita biasa. Semua wanita amat luar biasa, hingga diberi tanggungjawab memikul tugas sebagai ibu, isteri dan sebagainya.

Apatah lagi wanita suri rumah yang bertindak sebagai pengurus rumah tangga, anda penentu jenama barang yang dibeli! Ayuh boikot barangan yang menyumbang kepada ekonomi Israel.

Print

Aktiviti mengumpul dana A2G2 oleh Aqsa Syarif Perlis

Pada petang Ahad 7 Ogos 2011, pasukan Aqsa Syarif Perlis telah turun padang bagi mengumpul dana untuk misi A2G2. Sebagai permulaan, team Aqsa Syarif Perlis memilih Bazar Ramadhan Stadium Utama Kangar sebagai lokasi pertama. Alhamdulillah, sepanjang hampir 2 jam, kami berjaya mengumpul sebanyak RM 2,323.80.

Terima kasih kepada semua pasukan Aqsa Syarif Perlis yang diketuai YDP IKRAM Perlis sendiri merangkap Pengerusi Aqsa Syarif Perlis dan rakan-rakan. Terima kasih kepada semua pengunjung Bazar Ramadhan Stadium Kangar yang menyumbang untuk misi kali ini. Semoga mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.

Print

Laungan untuk Palestin

Bersempena Minggu Aktiviti, MRSM Langkawi telah menganjurkan Hari Solidariti Palestin dan program bermula dengan perhimpunan untuk Palestin dimana setiap tingkatan mereka poster, plycard dan banner berkenaan Palestin.

Sesi diteruskan dengan perkongsian Isu Terkini dari Gaza oleh Bro Aiman Khairul Azzam dari Aqsa Syarif.

Video program

Kami sangat memuji kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh warga MRSM Langkawi dalam memperjuangkan isu Palestin!

Semoga mesej keamanan ini terus membara dikalangan para remaja di Malaysia.

Print

Laporan aktiviti Aqsa Syarif, Sungai Petani untuk bulan Julai

1. Satu sesi ceramah motivasi hasil perbincangan sesama pelajar bertajuk Pengukuhan Kefahaman Islam telah diadakan di Pusat Pengajian Al-Islah (PPAI) Sungai Petani, Kedah pada hari Jumaat, 9 Julai 2010 dari pukul 8:30 pagi sehingga 10:45 pagi. Seramai 80 pelajar Tingkatan 1 telah menyertai program ini dan antara isu yang diperbincangkan adalah "Peranan Kita Dalam Isu Palestin".  Secara keseluruhan program ini mendapat respon yang cukup baik daripada para pelajar.

Print

Laporan: Ceramah Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail

Perkongsian ceramah bertajuk "Ramadhan dan Palestin" kepada guru - guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, sebuah sekolah kluster di Johor Bahru pada 27 Julai 2011. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Rofazlin Jusoh. Sebanyak RM1366.00 beserta matawang lain telah berjaya dikumpul semasa majlis.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud